Tenuk Malaysia (Malayan Tapir) atau Tenuk Asia mempunyai nama saintifik
Tapirus indicus. Di Malaysia, tenuk juga dikenali sebagai badak tampong, machan, cipan, badak murai, and teronok. Tenuk tergolong dalam Kerajaan Haiwan, mempunyai saraf tunjang (phylum chordata), bertulang belakang (subphylum verterbrata), kelas Mamalia, order=Perissodactyla (Termasuk Tenuk, Badak, Kuda), dari keluarga Tapiridae (Tenuk), Genus Tapirus (Tenuk), Spesies Tapirus indicus.
Terdapat empat jenis Tenuk, yang mempunyai kaitan rapat, dikenal pasti pada hari ini seperti berikut :-
⢠Tenuk Malaysia (Malayan Tapir - Tapirus indicus) - Terdapat di Asia Tenggara dan Malaysia.
⢠Tenuk Baird - Tapirus bairdii - Terdapat di Mexico dan Amerika Tengah.
⢠Tenuk Gunung - Tapirus pinchaque - Terdapat di hutan tanah tinggi dan paramos di utara Andes di Colombia dan Ecuador.
⢠Tenuk Brazil/Tanah Rendah - Tapirus terrestris - Terdapat di kawasan hutan Amerika Selatan.
Tenuk Malaysia merupakan spesies tenuk terberat dengan berat jantan 270 - 333 kilogram (660-740 paun), berat betina 342 - 405 kilogram (760-900 paun). Rekod tenuk terberat di dunia adalah seberat 1,190 kilogram. Bulu Tenuk Malaysia bewarna hitam di bahagian hadapan dan belakang, sementara bulu di bahagian tengah bewarna putih. Sempadan di antara warna adalah sangat jelas.
Tenuk Malaysia mempunyai kulit di tengkuk yang sangat tebal sebagai pertahanan kepada serangan pemangsa. Kulit di bahagian tengkuk boleh mencapai ketebalan 1 inci ini juga melindungi tenuk daripada onak dan duri, ketika bergerak melalui semak-samun.
Tenak Malaysia jantan di dapati mempunyai daerah seluas 12.75 kilometer persegi yang bertindih dengan beberapa kawasan tenuk lain. Purata jarak lurus di lalui oleh tenuk jantan adalah 0.32 kilometer. (Williams 1979).
Tenuk betina dalam kurungan subur ketika tempoh menyusu, tetapi hanya bersedia untuk mengawan selepas 153 hari purata selepas beranak. Tempoh mengawan bagi tenuk betina dalam kurungan adalah purata 30 hari. (Read 1986). Tapir akan membiak purata setiap 2 tahun selepas 390 - 407 hari bunting (Read 1986, Barongi 1986).
Tenuk Malaysia terdapat di kebanyakan tempat di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar (Burma), Laos, Kemboja dan Vietnam. Tenuk Malaysia yang terdapat di kawasan Vietnam, Kemboja, Burma dan Thailand menghadapi ancaman akibat peperangan yang berlaku. Senjata yang mudah didapati menyebabkan tenuk menjadi sasaran kepada pemburuan haram.
Tenuk merupakan haiwan maun yang mempunyai belalai pendek (proboscis) yang mudah lentur. Tenuk sukakan air dan boleh berenang dan memanjat dengan baik walaupun badan mereka padat. Tenuk juga mempunyai kulit yang tebal dan membolehkan mereka bergerak dengan cara merempuh semak-samun.
Tenuk mempunyai jari kaki yang kembang yang memudahkan mereka bergerak di tanah lembut dan becak. Tenuk juga mempunyai pengelihatan yang baik pada waktu malam. Pada kebiasaannya Tenuk Malaysia makan pada waktu awal pagi dan senja. Disebabkan ini, tenuk dikenali sebagai haiwan "crepuscular" dan bukannya haiwan malam (nocturnal). Kebiasaannya tenuk tidur di tengah malam, tetapi mereka juga aktif pada bila-bila masa sahaja..
Tenuk biasanya tinggal bersendirian atau berpasangan. Ini adalah kerana lindungan di hutan tebal menyebabkan rimbunan semak di bahagian bawah hutan tidak mencukupi untuk membekalkan makanan kepada kumpulan yang besar. Keluarga tenuk yang terdiri daripada ibu dan anak pernah dilihat, tetapi sepasangan tenuk mungkin bersama sepanjang hayat. Tenuk juga didapati berada dalam kumpulan ketika berada di kawasan menjilat garam. Tenuk mempertahankan kawasan mereka, yang boleh bertindih antara satu sama lain. Tenuk jantan mengawal kawasan mereka dengan lebih ketat. Tenuk mempunyai deria bau dan pendengaran yang baik, kuat dan tangkas berlari. Tenuk mengelak pemangsa dan mempunyai kulit yang tebal dan boleh menggunakan gigi mereka untuk mempertahankan diri jika diserang. Tenuk juga akan berlari ke arah air jika diancam. Tenuk yang dewasa dan sihat dikatakan mampu mempertahankan dirimereka daripada serangan harimau.
Anak tenuk mempunyai warna penyamaran jalur dan bertompok yang seiras dikalangan kesemua empat spesies. Anak tenuk Malaysia dilahirkan selepas 390-395 hari dalam kandungan. Anak tenuk jarang dilahirkan kembar, dan pada kebiasaannya mempunyai berat 15 hingga 25 paun apabila dilahirkan. Tenuk boleh hidup 25 hingga 30 tahun.(MacKinnon 1985)
Manusia merupakan musuh tenuk yang paling utama dengan penerokaan kawasan hutan, dan aktiviti memburu.
Rujukan
http://www.fastlane.net/~kathryn/tapir.htm
http://www.tapirback.com/tapirgal/#interesting
http://www.tapirback.com/tapirgal/default.htm
http://www.ultimateungulate.com/malaytapir.html
http://www.zoo.org/educate/fact_sheets/tapir/tapir.htm
Maklumat Tenuk terkini di Google.
Hakcipta terpelihara © Mohamed Yosri Mohamed Yong.